Kokokan ayam jantan di halaman bersahut-sahutan, diselangi dengan bunyi unggas yang
berkicau riang seolah-olah mengalu-ngalukan kedatangan fajar yang sudahpun menjengahkan
diri di kaki langit. Amran, seorang pemuda desa, bertubuh sasa sedang khusyu' menadah
tangan berdoa sambil diaminkan oleh ibu dan adik-adiknya, Sofia, Hamdan, Norlaila dan
Hussin.

Hati Amran tersentuh dengan rahmat Allah yang datang menyelubungi dirinya dan keluarga.
Selesai berdoa dan bersalaman, Amran bangkit lalu menuju ke tingkap bilik yang menghadap tanah pusaka arwah ayahnya.
Angin segar menerobos masuk lalu mengusap pipinya sebaik sahaja daun tingkap dibuka. Kelihatan berbalam-balam sayur-sayuran menghijau subur tanda usahanya telah mendapatkan hasil. Senyuman kepuasan terukir di bibir.
Ah! Betapa indahnya suasana desa, tiada hiruk dan pikuk seperti kota. Kota? Kenangan lama tiba-tiba menerjah di kotak fikiran bagaikan filem berputar lalu menayangkan babak demi babak kisah hidup yang membawa ia kembali semula ke desa tanah tumpah darahnya.
Comments :
0 komentar to “CERPEN KEINSAFAN”
Posting Komentar